Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan (11/08/10)

Juadah hari ini, credit to pakcik goggle..
Hari ini Kak Jannat & Kak Aishah ajak pergi bazaar ramadhan Sg. Udang Baru, ala yang dekat Econsave berdepan dengan Penjara Sg. Udang tu (penjara ni dari luar nampak macam pintu gerbang universiti, UKM pun xda gah macam ni siap masjid penjara ni tersergam indah - sila jangan berangan-angan untuk menetap di sini!).. Sampai tengok habuk satu gerai pun xda, padahal kain rentang punya besar konon ada bazaar.. xpa kita cari tempat lain, alang-alang dah keluar haruslah ke bazaar yang besaq!!

So kami menuju ke bazaar ramadhan Masjid Tanah pula. Crowded. Traffic Jam. Kereta simpang siur. Makanan banyak dah habis. Kaki saya sakit. Orang ramai berasak-asak. Sampai satu gerai kuih talam..

Pakcik: Eh kuih ngko x jadi ek? Lembik semacam jer..
Penjual: Lembik la sedap pakcik!
Pakcik: Ah yelah, bagi aku rm3..

Sekali saya pandang kuih yang dijual, dah la kecik lembik pucat pula tu semua. Ok tidak menarik selera tekak, move on ke gerai lain tapi hasil cuma nasi seperti gambar diatas, tidak sanggup berjalan terus menanti di kereta. Sampai rumah 5 minit lagi sungkai..

Puasa hari pertama x lapar, cuma sangat-sangat haus.. Saya mana boleh tak minum air, haruslah ke mana-mana membawa air. Mungkinkah sebab ini saya menjadi tembam? Ada orang pernah kata saya jadi chubby sebab terlampau banyak minum air..hoho *diragui kenyataan itu*

p/s: Sesiap yang terbaca blog ini, take note yang saya adalah kristian, jika diizikan Tuhan saya akan menjadi mualaf & sedang berusaha melatih diri ke arah itu. Amin..

2 comments:

  1. hi helena,
    Klu sahur/berbuka abgjas x makan banyak - lebih selesa begitu.

    abgjas doakan helena dikurniakan hidayah oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Abg Jas,

    Saya sahur dengan 2 biji kapsul fish oil, roti & air masak banyak2..

    Terima kasih sebab doa Abg Jas, saya berdoa sangat supaya jalan yang saya pilih ini adalah yang terbaik.. Amin..

    ReplyDelete