Friday, August 13, 2010

3 Ramadhan (13/08/10)

Bubur kacang hijau pakcik google
Hoho selamat berbuka..hari ni saya berbuka dengan bubur kacang hijau, sedap oo sebab ada gula melaka  manis dia sedap.. Gambar di atas sekadar hiasan, nampak sedap kan?

Semalam tidur dalam pukul 3:15 juga, sebelum tidur tu saya panaskan bubur letak siap-siap dalam tupperware letak dalam bilik. Konon-konon senang la kalau bangun sahur makan nanti. Tapi godaan sangat hebat, akhirnya x sampai 10 minit saya dah habiskan bubur dengan telur masin. Hahaha..

Sekali tu, saya terjaga tengok jam dah 8:33am oo! Terlepas sahur saya! Benci oo! Dah la download cerita A tale of Mari and three puppies x boleh buka, sia-sia on laptop dari semalam. Online kejap, bosan so baring-baring atas tilam. Rupanya tertidur lagi, terjaga pukul 11:35am cerita Mis tre Hermanas dah habis, sambung tidur lagi sampai pukul 3:10pm pula..Huhu sungguh x berkat puasa saya kalau ikut betul, orang kata tidur semasa puasa makruh kan? Correct me if Im wrong..

p/s: Besok pagi kena set alarm selang 15 minit untuk sahur!

No comments:

Post a Comment