Showing posts with label animals. Show all posts
Showing posts with label animals. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Mawi si Gibbon manja







Comel kan Mawi tu? Jangan silap ok, Mawi tu member En. Kekasih Hati punya, yang diselamatkan dari hutan time operasi. Mak Mawi dah mati time dia kecik dalam hutan lagi so sekarang dia ada penjaga yang baik hati.. 8)

Mawi sangat manja tau, tidur macam orang atas katil. Budak-budak bilik bujang memang sayang Mawi ni, tapi dia dah balik Mersing bukan duk Sg. Udang lagi..hee

Thursday, August 5, 2010

Demam tokek

Tidak pasti gecko spesies apa
Gecko yang dikatakan spesies baru
Sekarang tengah hotttt.. Semua orang tengah cari gecko (tidak pasti spesies apa tapi di Sabah spesies yang ada tompak di badan) yang kononnya boleh menjadi penawar HIV, ada juga yang kata ubat HINI. Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti, tapi saya terkilan dan geram bila dengar cerita member-member yang mencari dan memelihara tokek kedai cina ini supaya mempunyai berat sekurang-kurangnya 300g. Dengar-dengar hasil jualan boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Ada member Kelate tapi bekerja di Sabah, dia pun terikut-ikut buat kerja ini sebab katanya dia nampak dengan mata dia sendiri kawan jual gecko ini dapt 20K. Siapa yang tidak mahu duit kan kalau kerja mudah?

Tapi saya sangat tidak bersetuju dengan hal macam ini, hari ini Harian Metro ada keluar berita pasal gecko ini tapi di semenanjung. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya. O geramnya!! Nanti bila dah jadi kes bunuh rakan sebab tokek macam di Sabah, atau gecko-gecko dah diancam kepupusan baru keluarkan arahan rasanya sudah terlambat!

Harap sangat ada kajian dilakukan untuk membuktikan kebenaran khasiat dan kegunaan tokek ini. Kalau betul ada khasiat, syukur sebab ada penawar penyakit tertentu. Tapi kalau tidak, sila la berhenti memburu dan mengkhianati binatang ini.

Noktah: Pertama kali melihat tokek sewaktu berumur lingkungan 6 tahun di Kota Marudu, rasa sangat kagum dan sentap sebab cicak ini besar dan colorful. Paling best bila dengar bunyi yang dikeluarkan, sangat comel! :)

















Tuesday, August 3, 2010

Stay up malam ini..

GIGIH..TEKUN..men'download cerita A tale of Mari and three puppies.
Nak habis download malam ini juga, sangat sedih menangis-nangis bila tengok part of the video. Cerita ini based on true story tahun 2004, touching wohh..Sama macam kes semasa taufan Katrina, pets semua kena tinggal sebab hanya penduduk yang diselamatkan. So sekarang ada yang request bila ada bencana alam, penduduk dengan haiwan semua diselamatkan. You know how much the American love their pets!