Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

5 years back..



Time flies when you're busy..
 Its been so long I didnt involve with this activities, my Bat C gonna expired in this month..

My dearest batch buddies..  are u all still active?
miss the moments.. UKM ROTU Batch 25..

Wednesday, July 28, 2010

‘Mama jaga diri baik-baik, papa dah nak terjun’

*Jumpsuit En. Kekasih Hati yang gedabak, saya pula amat la katik*


Tersentap sekejap bila terbaca artikel Mahu raya sedondon dalam mymetro tadi, pesanan ringkas yang diterima balu kepada anggota Paskau TUDM Bukit Jugra, Banting, Selangor yang meninggal dunia semasa latihan sebijik macam sms yang En. Kekasih Hati hantar setiap kali hendak buat latihan terjunan (take note En. Kekasih Hati bukan la anggota Paskau). Cuma sms tu berbeza sedikit, saya xda la risau sangat pasal terjunan tu mungkin sebab dah biasa. Cuma pernah sekali si mangkuk ayun (rakan En. Kekasih Hati) ni buat lawak gampang. Boleh time saya call berkali-kali xda orang angkat, alih-alih mangkuk ayun ni call saya balik dengan no. En. Kekasih Hati.

Mangkuk: Hello.. ermmm.. _____ xda, dia ada kat Hospital Melaka sekarang, tadi time terjun payung dia x kembang. Dia jatuh & cedera, sekarang ada dalam ICU..

Gunturina: Hah? kau biar betul? wei kau jangan buat lawak gila?

Mangkuk: Betul.. tadi petang dia masuk hospital..

Gunturina: Eh kau biar betul, jangan main-main..sumpah kalo betul!

-mangkuk ayun ni diam, x berani bersumpah tapi berulang kali kata memang betul En. Kekasih Hati masuk ICU.. bergegar kepala lutut saya ok! Jantung dup dap dup dap ni.. Pas tu call balik 5-6 kali untuk pastikan balik tapi xda orang angkat dah..Tambah risau..-

Last-last En. Kekasih Hati angkat, Tuhan saja tahu camana lega hati ni sebab dia jawab dengan nada yang seakan-akan kanak-kanak baru dapat sebuah kereta.. Rupanya mangkuk ayun tu buat lawak, En. Kekasih Hati gi bilik termenung pesan dengan si mangkuk kalau saya call kata dia kuar dating dengan makwe lain, rasa macam nak bagi pelempang laju-laju dengan mangkuk ayun tu!

Apa pun artikel tadi buat saya fikir camana la kalau benda ni jadi atas saya, adakah saya cukup tabah & redha untuk terima..fuhhh.. ajal maut di tangan Tuhan (walaupun semasa entry ini ditulis saya & En. Kekasih Hati masih lagi berlainan agama)..

"mama jga dri baik2 k, papa mau terjun dh ni..apa2 pun papa tetap syg mama..muahhx7.."

sms ni la yang selalu saya dapat dari En. Kekasih Hati, semoga dia dilindungi walau dalam apa pun keadaan sebab saya tahu kerja dia sangat la x boleh dijangka & berisiko..

Perlu ka saya jadi cikgu?



Rasa stress pula bila bka FB smua member jadi cikgu, tu secara automatik buat saya terfikir kalau saya apply dah lama kerja tetap income tiap bulan masuk x payah fikir banyak..Tapi bila fikir minat langsung xda untuk mengajar saya tersenyum sendiri. Dalam hati fikir " buat apa saya mintak jadi cikgu kalau nanti mengajar terpaksa, kerja x ikhlas" ooo di situ saya boleh bayangkan keadaan diri bila kerjaya guru jadi pilihan. Memang x boleh imagine diri sendiri stress pas tu muka penuh jerawat, badan naik sebab asyik makan, pergi kerja macam pesalah hendak ke tali gantung, kaki terseret-seret sebab terpaksa. x mungkin!

Kalau kerjaya ini yang saya pilih, kenapa saya x teruskan kerja home teacher mengajar students saya dua orang yang comel loteh tu? Dengan gaji kira boleh tahan + makan minum + semua disediakan? Ajar pula Grade 8 dan Grade 5 silibus IGCSE xda la susah mana pun..

Tapi saya tamatkan kontrak dengan employer saya dengan alasan balik kampung, padahal duduk rumah menternak lemak (sila SPA panggil calon simpanan ni).. Perlu ka tunggu jawapan dari SPA sahaja? Atau dengar cakap family minta KPLI @DPLI macam abang saya? En. Kekasih Hati pun suruh susah-susah minta jadi cikgu habis cerita.. pastu terfikir lagi, askar x dengan cikgu, dengan nurse..so typical!

Apa-apa pun saya suka duduk rumah jadi datin, mungkin kerjaya terbaik untuk saya adalah seorang isteri & ibu yang 24/7 berkhidmat untuk family.. :)

Tuesday, July 27, 2010

Rasuah?


Mentang2 sekarang ni kan musim durian & rambutan, saya dirasuah untuk membuat "kerja rumah" En. Kekasih Hati.. x tahan siap ada boundary antara ruang saya dengan dapur di mana En. Kekasih Hati paksa rela (ok.. dia memang rajin bab-bab memasak + sedap ok!) tengah memasak..


Tapi it's ok sebab saya berpeluang untuk me'refresh pasal "kerja rumah" ni, yang telah hampir 4 tahun saya tinggalkan.. btw, pandan hanya sebagai presentation, 2 saya ambik dari rumah sewa di Sg. Udang (dibantu oleh jiran yang kaki mengumpat) untuk tanam di Sendayan tu..

p/s: Bat C 20 saya akan expired 27 Jun 2011 & saya tidak pernah melapor mana-mana unit!

Sunday, July 25, 2010

Bank In $$$

SMS antara kami..

Papa: papa da bankin duit blanja mama 2, tp rm50 ja..

Mama: ba tq.. jgn lupa bankin duit boni, dia mo byar duit keta 2..

Papa: tggu papa dpt kuar nnti, jl yg bankin td 2, papa nda hrap mo bg dia duit bnyk @ mo sruh dia ambi duit..skg bt keja d mess sjn ni..

See? I'd told U kan?
sunday pun keja jugak, dah la sepanjang masa kna kuarantin sampai keluar pun x dan sekarang.. kalau yang dah kahwin anak bini x tau la makan apa..

p/s: Sila abaikan part JL, n3 sekadar ingin nyatakan betapa busy hidup En. Kekasih Hati.

Mode: Teringin pula ke 7E tapi takut bawa "kuda merah" area ni, coconut shake ada depan simpang, atau boleh jugak ke kedai pasar malam selasa beli kacang..

Ini semua salah En. Kekasih Hati!

Sebab dah biasa bergayut x kira masa & tempat (line free ok), merempit x kira siang malm kat PLUS, makan x kira waktu, tanam bijik durian & mangga pukul 2 pagi, mencuci rumah pukul 12 tengah malam, memancing sampai ke subuh, panggang siakap malam-malam buta & bla..bla..bla..

Saya kini adalah penghidap tegar insomnia..

En. Kekasih Hati kerja x tetap, 24/7 adalah pasti & x tidur 2-3 hari (tidur paling masyuk pun 45min waktu kursus) adalah normal..

Tapi..kenapa saya pun boleh direkrut seperti En. Kekasih Hati?

Apa ini yang dikatakan sehati sejiwa?

Wednesday, April 14, 2010

Final Exam..lepas ni cuti panjangggg.. (update kemarin)

Hari ni students sy final exam, Safiyah yg dlm Year 8 stat Maths, Geography, Science then Malay..Ayesha pla besok..



Sy yg pemalas ni bt question paper isnin, kna bt 7 papers okkk..hambekk!!



Tp lpas ni sy cuti pjg, mcm bdak U pla cuti sy sbb kut syllabus UK kan, dlm setahun ada 3 term..



Apa sy nak bt? ambik kursus menjahit la..



Pas2 sy nak clear wardrobe, jual mana yg x pakai..baju yg dlm 3thn hanya merasa pakai skali akan di'clear'kan..jual ka?



Mcamana dgn kasut, beg dll? koleksi aksesori rambut harus la simpan.. 2 simpan dr umur 6thn ada bratus so kna keep baik2..



Eh..3min lg 3pm.. exam tamat!!



Pening ok kalo budak time exam pun asyik tnya "Miss..juz wanna ask........" pas2 skejap2 tnya..



CISSSS!!