Wednesday, August 25, 2010

13 Ramadhan (23/08/10)

Kebelakangan ini emosi saya kurang stabil, macam ada batu berat dalam kepala.. Selera makan makin berkurangan, malar mode emo.. :(

Neway, hari ini saya masak sup ayam + kentang + lobak merah untuk berbuka. Rindu sup yang Pn. Salimah buat, sup ayam + labu putih & sup lihing.. haish.. O ada lagi, sambal tempe ikan bilis yang sedap. Tiba-tiba teringin makan begedil, Melaka susah sikit jumpa makanan Jawa ni, kalau dulu duk Kajang senang dapat.. *tapun*

Sahur saya macam biasa la, makanan dari sungkai forward ke sahur.. Pukul berapa saya tidur hah? Rasanya awal semalam dalam pukul 3:45 tu pun lepas paksa diri kemas bilik x mau online..

Ermm.. xda gambar tapi untuk memuaskan nafsy saya ambi dari En. Google.. :)


Sebijik macam sup yang saya buat..

Sambal tempe, yang saya makan ada bilis sedap!


Siakan oku ooo..

Gunturina: Kalau la lemak di badan ini berharga semasa kahwin, mungkin saya perlu menternak lebih banyak lelemak.. sekilo @ sekati RM?  Tapi sayangnya, lelemak ini berkemungkinan besar hanya akan menjatuhkan harga berian..hehe nyah kau lemak!

Tuesday, August 24, 2010

Useless Knowledge


Oprah Winfrey was Miss Fire Prevention before becoming queen of the talk shows.

huh??

Monday, August 23, 2010

12 Ramadhan (22/08/10)

Salam Ramadhan.. hehe berapa hari lagi raya?

Ermm.. agak-agak berapa berat saya sekarang ah? Tu x kisah, yang penting? Saya boleh muat balik dah kebaya 5 tahun yang lepas.. :P

Sungkai : Mee hoon soup with fishball & vegetables
Sahur : Emm funny, pisang emas 3 bijik + kurma + bun pandan

Funny ka sahur dengan pisang emas? At least tu sumber fiber saya, kaya dengan potassium apa..hehe

Eh tengok carpet dot dot dot ni lawa kah? Macam cantik la letak di hall matching dengan tiles ni..

Lawa kan? Sadly putih macam senang kotor

Transformers can dance?

Yes you hear it right.. :)




Aren't they cute? Extra kawaii..

So OTAK, how?



My OTAK..let's discuss..

So what's the deal?

Should we switch it on?

Nope?

Great..!

You wanna play?

Lets play!!

Useless Knowledge

Picture credit to http://www.shutterstock.com/


The gooseflesh you get when you’re cold is the body’s attempt to erect the coat of hair our ancestors lost 100,000 years ago. When an animal’s fur stands on end, the expanded air layer between the skin and the fur surface insulates the body.

Sunday, August 22, 2010

11 Ramadhan (21/08/10)


Weii sudah 11 hari saya puasa, ada lagi 19hari kannn?

Mode malas menaip,
sahur: Mee hoon & fishball again
sungkai: Nasi+ sup sayur manis + telur + ayam goreng kunyit   (I yang masak k..) + kuih muih

Xda gambar la, petang saya gi pasar malam beli barang dapur sikit then balik rumah masak.. Heaven ooo makan nasi panas dengan kicap Jalen pula.. :) syukur.. 

Useless Knowledge



A bird’s eye takes up about 50 percent of its head; our eyes take up about 5 percent of our head. To be comparable to a bird’s eyes, the eyes of a human being would have to be the size of baseballs.

Saturday, August 21, 2010

10 Ramadhan (20/08/10)

Meehoon fav + air kelapa

See simple kan sungkai saya? My favourite mee hoon dengan fishball (Chef Helena masak).. Saya x pandai makan ikan, so makan la fishball & fishcake.. Rasanya sahur saya makan kuih dengan kurma, tidur dalam pukul 7 pagi, insomnia ka? Kuih dengan kurma yang tapao dari majlis semalam masih banyak la dalam peti ais.. Tapi pukul 10:40am saya terbangun tau, En. Kekasih Hati minta tolong gi topup.. Sekali lagi saya gagah ke area 7E, x basuh muka langsung terus merempit sambil mata kelip-kelip terpisat-pisat baru pas bangun..

Friday, August 20, 2010

9 Ramdhan (19/08/10)

Hari ini saya makan free lagi, housemate ajak sungkai di SK Kem Gerakhas (dekat rumah saja..) sponsored by Petronas atas ..tutttt.. sebab-sebab tertentu..

SK Kem Gerakhas
 Sekolah ni kecik ja, murid dalam 400+ orang sebab yang lain dah ikut parents pindah Mersing. Dengar-dengar sekolah ini akan tutup menjelang 2012 sebab bahaya kedudukan bersebelahan dengan tangki gas.


Tempat berucap
Sponsored by

GUru Besar SK Kem Gerakhas

Orang besaq Petronas

Baju raya 2005, 2nd time pakai 2010 - saya dah kurus!!

Xda gambar lain la, guna camera hp then hp pula lowbet.. xpyh la, bkn ada benda menarik pun..Tapi memang banyak la makanan, siap tapao bubur kacang, kuih-muih & kurma! Ini la jadi sahur saya besoknya..

Thursday, August 19, 2010

8 Ramadhan (18/08/10)

Ever wonder why I put the date to every title?

It's so...if one day I lost my memory, I'll be able to see & recall (or must say flashback) what I've done during my life.. :)

Sahur: french toast
Sungkai: mee hoon sup
Cooked with  ~♥~

Zoom in
My favourite meal at the moment, the easiest dinner to prepare..

p/s: Craving for the Yusuf Taiyuub dates.. 

Apa mau letak dalam surat beranak nanti?

10 tiny toes


Tadi masuk forum Sabah, topik pasal bangsa Melayu dan kaum-kaum di Borneo..

Tiba-tiba terfikir, kalau sudah kahwin dapat anak..

Bapa: Bugis+bisaya+dusun
Mak : Kadazan+dusun

Tapi orang cakap ikut bapa kan?

Surat beranak En. Kekasih Hati rasanya Bugis..

Soooooo.. huhu..

Wednesday, August 18, 2010

7 Ramadhan (17/08/10)

Wahhh.. x sangka dah seminggu saya ikut puasa, 1st day ingat nak try saja tapi terikut-ikut pula.. Its ok, sebagai permulaan.. hehe

Juadah berbuka..o yang dalam bekas 4 segi kuning tu hamster punya..

sahur pukul 3:15 pagi..tung tang tung tang pagi-pagi buta di dapur goreng telur makan dengan roti, sapu matonis+ ketchup chilli + kicap lemak manis (housemate saya sorang x suka bau masak-masak ni sebab bilik dia sebelah dapur bau masuk ke bilik dia, so kena masak secepat mungkin)..

Petang gi pasar malam, x banyak gerai macam selalu makanan pun x banyak pilihan. Tapi its ok janji ada favourite saya nasi lemak tu.. :)

p/s: Hamster saya pun suka nasi lemak, sebab tu asingkan sikit untuk hamster..

Monday, August 16, 2010

6 Ramadhan (16/08/10)

Mode malas menaip...

sahur: roti, fish oil & air
sungkai: roti jala, kuih onde-onde yang comel & teh bunga

Seperti biasa mesti ada rezeki lain..

anggur merah & ungu yang gemok!
Si gemok dengan anggur gemok!
p/s: Saya macam sangat kurang makan nasi sekarang..

Truth, Lie and Wisdom

Three goddesses were sitting in an old Indian temple. Their names were Truth (always telling the truth), Lie (always lying) and Wisdom (sometimes lying). A visitor asked the one on the left: "Who is sitting next to you?"


"Truth," she answered.

Then he asked the one in the middle: "Who are you?"

"Wisdom."

Lastly, he asked the one on the right: "Who is your neighbor?"

"Lie," she replied.

And then it became clear who is who.
























Answers:

A--B--C


Start with the possible options for person B:

B says that it is Wisdom, therefore it can either be Lie or Wisdom, but can't be Truth.

Person A:

A says that the person to the left is Truth, which we now know is a lie, therefore, A is either Lie or Wisdom aswell.

Person C:

Because neither A or B can be Truth, it has to be Truth, therfore, person C saying that the person to the left is Lie, is a truthful statement.


Thus, B is known to be Lie and that leaves person A being wisdom


A-wisdom, B-Lie, C-Truth


It could have been explained more clearly by saying that:

 
Truth is neither the one on the left or the middle since she won't lie about who is beside her or who she is. Therefore, she is on the right side and she was telling the truth that Lie was her neighbor, in the middle. That leaves Wisdom on the left.


WISDOM -- LIE -- TRUTH


What do you think guys?

Source: http://brainden.com/forum/index.php?/topic/62-truth-lie-and-wisdom/

5 Ramadhan (15/08/10)

Sedap kan? Ni uncle google punya, saya makan sekeping sahaja!


Hari ini saya hanya dapat berbuka dengan murtabak & air bunga, keluar tadi dah lewat semua gerai area Tmn. Terendak Permai dah packing barang mau balik. Actually saya gi kedai isi air RO tadi. Then, rasa mau gi 7E draw duit. Dengan gagahnya bawa LC turun bukit, happy sebab 1st time bawak LC ni gi 7E (apa la jakun sangat kan?)  *penakut*

Dah draw duit cari kedai makan semua tutup, kedai mamak sebelah kedai topup tempat mat terap mengurat tu adalah (x hingin la makanan mamak hari ni).. Siap saya berjalan kaki ke gerai depan simpang tu tapi dah nak tutup moreover kuih saja tinggal. So singgah kedai runcit kejap, fikir apa nak beli. Sekali dengan bengongnya beli biskut marie, bajet mau buat kek batik x sedar diri gas dapur belum tukar..cett..

Nasib baik la di rumah tu ada lagi murtabak Kak Jannat & air bunga kotak besar yang dibeli tadi, makan sikit dah kenyang. Macam biasa la rezeki sentiasa murah, Kak Aishah bawa balik bubur asyura pula.. nyum2! Oww..Kak Jannat "cuti" so dia beli makanan awal-awal, ajak makan sekali tadi. Bila saya jawab saya puasa dia terkejut!! haha..

O semalam saya tidur pukul 4:45 pagi sahur roti, air biasa & kapsul fish oil.

p/s: Tiba-tiba semalam emo, kecik hati & xda selera makan..

Sunday, August 15, 2010

Mawi si Gibbon manja







Comel kan Mawi tu? Jangan silap ok, Mawi tu member En. Kekasih Hati punya, yang diselamatkan dari hutan time operasi. Mak Mawi dah mati time dia kecik dalam hutan lagi so sekarang dia ada penjaga yang baik hati.. 8)

Mawi sangat manja tau, tidur macam orang atas katil. Budak-budak bilik bujang memang sayang Mawi ni, tapi dia dah balik Mersing bukan duk Sg. Udang lagi..hee

4 Ramadhan (14/08/10)

Rezeki bulan ramadhan
Semakin hari semakin teruk perangai saya, tidur lewat automatik la bangun pun lewat.. :(

Sebelum tidur makan biskut dan air banyak-banyak, baru last 2 biji kapsul fish oil and landing atas tilam pukul 5:30 pagi sambil dengar sayup-sayup ada bacaan dari masjid (x tahu bacaan apa sebelum azan tu)..

Pagi bangun dalam pukul 8:30 tapi x tahu buat apa sambung tidur lagi sampai tengahari, dah bangun buat tu ni sikit tidur lagi.. Apakah spesies perempuan macam ni?

Sebab sepanjang hari tidur, maka xda juadah hebat untuk diri sendiri..! Syukur la dapat makan free yang makcik Kak Jannat bagi.. Gas dapur pun dah habis, tu kira ok la sebab guna 7 bulan kan (nampak sangat jarang memasak)..

Saturday, August 14, 2010

Mummy saya mahu kahwin..

Thank you uncle google
papa: Si Ani sudah kahwin tu, yang minggu lepas sebelum puasa.
mama: Ooo.. cepat juga?
papa: Papa pun nda tau, call tadi baru Mamak bagitau.
mama: Ermm..
papa: Dua kali sdh si Ani kahwin, kita ni apa pun belum ada.
mam: Tau pun (dalam hati saja)..

Bah..apa lagi?

Friday, August 13, 2010

3 Ramadhan (13/08/10)

Bubur kacang hijau pakcik google
Hoho selamat berbuka..hari ni saya berbuka dengan bubur kacang hijau, sedap oo sebab ada gula melaka  manis dia sedap.. Gambar di atas sekadar hiasan, nampak sedap kan?

Semalam tidur dalam pukul 3:15 juga, sebelum tidur tu saya panaskan bubur letak siap-siap dalam tupperware letak dalam bilik. Konon-konon senang la kalau bangun sahur makan nanti. Tapi godaan sangat hebat, akhirnya x sampai 10 minit saya dah habiskan bubur dengan telur masin. Hahaha..

Sekali tu, saya terjaga tengok jam dah 8:33am oo! Terlepas sahur saya! Benci oo! Dah la download cerita A tale of Mari and three puppies x boleh buka, sia-sia on laptop dari semalam. Online kejap, bosan so baring-baring atas tilam. Rupanya tertidur lagi, terjaga pukul 11:35am cerita Mis tre Hermanas dah habis, sambung tidur lagi sampai pukul 3:10pm pula..Huhu sungguh x berkat puasa saya kalau ikut betul, orang kata tidur semasa puasa makruh kan? Correct me if Im wrong..

p/s: Besok pagi kena set alarm selang 15 minit untuk sahur!

8 random quickies

1.what gets hotter as it gets colder?
2.what is white when it's dirty turns black as you clean it?
3.what gets wetter as it dries?
4.how much wood could a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood?(kind of random)
5.what gets bigger and never smaller?
6.how much money do you need to be rich?
7.what time is it when your clock is only right once a day?
8.what shape that can, be made from four matches, face any direction , be flipped any way and will stay right side up?

Answers: (will be updated)
1. aircond
2. blackboard
3. sponge, towel and anything that can absorb water
4.A woodchuck, or groundhog, is a cousin to the beaver and can if it decided to take a chunk out of a tree, like a beaver would, it would theroreticaly be able to fit 8 oz. of wood in it's mouth. So If a woodchuck could chuck wood he would chuck 8 oz. per bite.
5. universe, Pi, death, age anything you can think of.
6.
7.
8. Tetrahedral

2 Ramadhan (12/08/10)

Sahur awal sebab memang x tidur dari semalam, sebelum tidur makan roti sikit. Lepas tu ambil 2 biji kapsul fish oil dan minum air masak banyak-banyak. Tidur pun dah pukul 6:15am x silap.

Berbuka dengan bubur+lobak (masak sendiri), telur masin, kuih sikit dan air tebu. Tapi makan sikit, air tebu pun x sampai separuh minum, semua masuk peti ais balik.

p/s: Harap besok dapat bertahan lagi!

Thursday, August 12, 2010

Release tension jap..


Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usap batang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..



Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."



Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.



Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

p/s: Anda bukanlah seorang yang normal jika tidak terfikir langsung akan 18sx bila membaca kelima-lima cerita di atas!

Puisi tentang anakku (Link dari Fiza Omar)

Comelnya dari pakcik goggle


~~Puisi tentang anakku~~


Bila bunyi petir berdentum
kau kata syaitan kena bom

Bila aku marah-marah
kau kata syaitan masuk dalam darah

 
Bila aku tengah sembahyang
kau letak 'ultraman' atas sejadah

Bila aku cerita sungai dalam syurga
kau kata jangan lupa bawa 'goggle'

Bila aku pulang lewat
kau kata kau rindu sangat

Bila aku cakap tentang mati
kau kata nak ikut sekali

Sebentar tadi
anakku berkata
"Mama nak pergi kaabah cepat, sebab hari dah nak kiamat.."

Tiba-tiba
air mataku
gugur

p/s: Ini saya petik dari blog Fiza Omar.. Best kan?


1 Ramadhan (11/08/10)

Juadah hari ini, credit to pakcik goggle..
Hari ini Kak Jannat & Kak Aishah ajak pergi bazaar ramadhan Sg. Udang Baru, ala yang dekat Econsave berdepan dengan Penjara Sg. Udang tu (penjara ni dari luar nampak macam pintu gerbang universiti, UKM pun xda gah macam ni siap masjid penjara ni tersergam indah - sila jangan berangan-angan untuk menetap di sini!).. Sampai tengok habuk satu gerai pun xda, padahal kain rentang punya besar konon ada bazaar.. xpa kita cari tempat lain, alang-alang dah keluar haruslah ke bazaar yang besaq!!

So kami menuju ke bazaar ramadhan Masjid Tanah pula. Crowded. Traffic Jam. Kereta simpang siur. Makanan banyak dah habis. Kaki saya sakit. Orang ramai berasak-asak. Sampai satu gerai kuih talam..

Pakcik: Eh kuih ngko x jadi ek? Lembik semacam jer..
Penjual: Lembik la sedap pakcik!
Pakcik: Ah yelah, bagi aku rm3..

Sekali saya pandang kuih yang dijual, dah la kecik lembik pucat pula tu semua. Ok tidak menarik selera tekak, move on ke gerai lain tapi hasil cuma nasi seperti gambar diatas, tidak sanggup berjalan terus menanti di kereta. Sampai rumah 5 minit lagi sungkai..

Puasa hari pertama x lapar, cuma sangat-sangat haus.. Saya mana boleh tak minum air, haruslah ke mana-mana membawa air. Mungkinkah sebab ini saya menjadi tembam? Ada orang pernah kata saya jadi chubby sebab terlampau banyak minum air..hoho *diragui kenyataan itu*

p/s: Sesiap yang terbaca blog ini, take note yang saya adalah kristian, jika diizikan Tuhan saya akan menjadi mualaf & sedang berusaha melatih diri ke arah itu. Amin..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Dari Pakcik Google

Salam semua,

Nama saya Sya'ban!

Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar! Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat berkat! Semoga Ramadhan menjadi titik perubahan dan persediaan menghadapi mati dan mahsyar..

Ini sms yang saya terima, semoga rakan-rakan dan saudara mara yang beragama Islam di seluruh dunia mendapat berkat dan rahmat sepanjang Ramadhan ini.

p/s: Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna!

Monday, August 9, 2010

Apa makna semua ini?


1st of all, Im really down + pissed off now..sangat ok!!

Kemarin kira mahu draw duit dari CIMB, so pergi la ATM dalam 7E Plaza Sg. Udang. Sewa rumah kena bayar, stok makanan dapur dah habis. Ok ada 3 abang depan tunggu turn, tapi semua tak dapat duit automatik keluar resit. Fine, Pergi ATM MAYBANK petronas Sg. Udang pula, still tak dapat draw duit. Pelik!! Insufficient balance? Check balance pula.. OMG! How come tinggal belas-belas dalam akaun?

Pagi tadi call CIMB Hotline, miss yang jawab tanya macam-macam butir peribadi, at last dia kata ada transaction dari akaun saya semalam..huhu tapi yang pasti bukan saya, siapakah yang buat? Siapakah yang telah keluarkan duit saya? Taukah anda saya amat la pokai sekarang?

Besok kena pergi CIMB terdekat check balik & buat report, hopefully sistem problem supaya dapat refund balik.. *hoping*


Thursday, August 5, 2010

Demam tokek

Tidak pasti gecko spesies apa
Gecko yang dikatakan spesies baru
Sekarang tengah hotttt.. Semua orang tengah cari gecko (tidak pasti spesies apa tapi di Sabah spesies yang ada tompak di badan) yang kononnya boleh menjadi penawar HIV, ada juga yang kata ubat HINI. Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti, tapi saya terkilan dan geram bila dengar cerita member-member yang mencari dan memelihara tokek kedai cina ini supaya mempunyai berat sekurang-kurangnya 300g. Dengar-dengar hasil jualan boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Ada member Kelate tapi bekerja di Sabah, dia pun terikut-ikut buat kerja ini sebab katanya dia nampak dengan mata dia sendiri kawan jual gecko ini dapt 20K. Siapa yang tidak mahu duit kan kalau kerja mudah?

Tapi saya sangat tidak bersetuju dengan hal macam ini, hari ini Harian Metro ada keluar berita pasal gecko ini tapi di semenanjung. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya. O geramnya!! Nanti bila dah jadi kes bunuh rakan sebab tokek macam di Sabah, atau gecko-gecko dah diancam kepupusan baru keluarkan arahan rasanya sudah terlambat!

Harap sangat ada kajian dilakukan untuk membuktikan kebenaran khasiat dan kegunaan tokek ini. Kalau betul ada khasiat, syukur sebab ada penawar penyakit tertentu. Tapi kalau tidak, sila la berhenti memburu dan mengkhianati binatang ini.

Noktah: Pertama kali melihat tokek sewaktu berumur lingkungan 6 tahun di Kota Marudu, rasa sangat kagum dan sentap sebab cicak ini besar dan colorful. Paling best bila dengar bunyi yang dikeluarkan, sangat comel! :)

















Tuesday, August 3, 2010

Stay up malam ini..

GIGIH..TEKUN..men'download cerita A tale of Mari and three puppies.
Nak habis download malam ini juga, sangat sedih menangis-nangis bila tengok part of the video. Cerita ini based on true story tahun 2004, touching wohh..Sama macam kes semasa taufan Katrina, pets semua kena tinggal sebab hanya penduduk yang diselamatkan. So sekarang ada yang request bila ada bencana alam, penduduk dengan haiwan semua diselamatkan. You know how much the American love their pets!

Monday, August 2, 2010

O sungguh seni...!

Wrapping yang cantik kan?
Hasil kerja Wang2 & Ming2..
Sungguh berseni kan?


 Wang2 yang momok..


Ming2 yang momok juga..