Wednesday, July 21, 2010

ASKAR NAIK GAJI LAGI?

Topik ni mcm hot skg, masing2 dgn pendapat sndri..ada yg kata dorg layak dpt, ada yg kata apa naik lg bkn ada keja pun Malaysia kan aman..(ni utk yg cetek ilmu la, dia ingat Malaysia aman askar duk goyang bontot)..

Lepas blogwalking + bloghopping ni antara artikel yg boleh sy share..

Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:

- Perkhidmatan Tentera
- Perkhidmatan Polis
- Perkhidmatan Awam

- Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera.

- Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.

- Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan. Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.

- Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

- Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.

Sumber: http://www.cuepacs.blogspot.com/

Cuma rasanya, bagi la LLP 2 naik gaji dlu sbb dorg lg kerja keras. Bkan la kata officer keja goyang kaki tp fham2 la beza bidang tugas dorg..

So, kalo mahu tahu hot x hot topik ni google la tgk, tak pun kita tgk nnti apa ada dkat slip gaji dorg.. :p

4 comments:

  1. bro tak kisah la gaji sapa naik pun...itu rezeki masing2... rezeki dari tuhan... tak payah nak bising2.. orang melayu ni memang perangai dia tak boleh ubah dari dulu.. jadi lah melayu yang bagus.. jagan nak busuk hati je...

    ReplyDelete
  2. Betul rezeki masing2, semoga bila saya sudah menjadi mualaf biarlah seorang yang sentiasa bersyukur & tidak busuk hati..hee

    ReplyDelete
  3. GOYANG BONTOT...HEEE U TRY LA MSK TENTERA GUA INGAT BUKAN SAJA BONTOT SEMUA SKALI BODY U GOYANG KOT.GUA DH X THN DGAN KARENAH ORG ATASAN.MACAM C

    ReplyDelete
  4. uhh sabar la, org bawahan memang kerja sondol saja.. SAYA YANG MENURUT PERINTAH katakan, saya tahu budaya kerja askar tu tapi buat camana dah macam tu..

    ReplyDelete