Nama saya Sya'ban!
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar! Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan.
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat berkat! Semoga Ramadhan menjadi titik perubahan dan persediaan menghadapi mati dan mahsyar..
Ini sms yang saya terima, semoga rakan-rakan dan saudara mara yang beragama Islam di seluruh dunia mendapat berkat dan rahmat sepanjang Ramadhan ini.
p/s: Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna!
No comments:
Post a Comment