Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Forgive & Forget





God, Im sorry but Forgiveness is just not in my DNA. So, I really need Your help. I know the only way to not stay hurt & angry is to forgive. (read: forgive not forget!).

Saturday, June 4, 2011

5 years back..



Time flies when you're busy..
 Its been so long I didnt involve with this activities, my Bat C gonna expired in this month..

My dearest batch buddies..  are u all still active?
miss the moments.. UKM ROTU Batch 25..

Monday, August 23, 2010

So OTAK, how?



My OTAK..let's discuss..

So what's the deal?

Should we switch it on?

Nope?

Great..!

You wanna play?

Lets play!!

Thursday, August 19, 2010

Apa mau letak dalam surat beranak nanti?

10 tiny toes


Tadi masuk forum Sabah, topik pasal bangsa Melayu dan kaum-kaum di Borneo..

Tiba-tiba terfikir, kalau sudah kahwin dapat anak..

Bapa: Bugis+bisaya+dusun
Mak : Kadazan+dusun

Tapi orang cakap ikut bapa kan?

Surat beranak En. Kekasih Hati rasanya Bugis..

Soooooo.. huhu..

Saturday, August 14, 2010

Mummy saya mahu kahwin..

Thank you uncle google
papa: Si Ani sudah kahwin tu, yang minggu lepas sebelum puasa.
mama: Ooo.. cepat juga?
papa: Papa pun nda tau, call tadi baru Mamak bagitau.
mama: Ermm..
papa: Dua kali sdh si Ani kahwin, kita ni apa pun belum ada.
mam: Tau pun (dalam hati saja)..

Bah..apa lagi?

Monday, August 9, 2010

Apa makna semua ini?


1st of all, Im really down + pissed off now..sangat ok!!

Kemarin kira mahu draw duit dari CIMB, so pergi la ATM dalam 7E Plaza Sg. Udang. Sewa rumah kena bayar, stok makanan dapur dah habis. Ok ada 3 abang depan tunggu turn, tapi semua tak dapat duit automatik keluar resit. Fine, Pergi ATM MAYBANK petronas Sg. Udang pula, still tak dapat draw duit. Pelik!! Insufficient balance? Check balance pula.. OMG! How come tinggal belas-belas dalam akaun?

Pagi tadi call CIMB Hotline, miss yang jawab tanya macam-macam butir peribadi, at last dia kata ada transaction dari akaun saya semalam..huhu tapi yang pasti bukan saya, siapakah yang buat? Siapakah yang telah keluarkan duit saya? Taukah anda saya amat la pokai sekarang?

Besok kena pergi CIMB terdekat check balik & buat report, hopefully sistem problem supaya dapat refund balik.. *hoping*


Thursday, July 29, 2010

Program kehamilan Biodex


Ok ini bukan testimoni saya menggunakan Biodex, saya bujang lagi ya.. cuma tadi time menonton Wanita Hari Ini (WHI) testimoni dari seorang pengguna Biodex ni, x ingat nama dia tapi umur 28 tahun..

Kes dia sama macam saya, haid x teratur (saya agak boleh dijangka iaitu 3 bulan sekali, jimat pad kan?).. selepas dia mengambil Biodex 2weeks ja dia disahkan mengandung & xda masalah sepanjang kehamilan. Even baby pun xda penyakit kuning..

Part paling sentap bila dia terdiam sekejap & kata, "Terima kasih Biodex sebab membantu saya untuk hamil walaupun arwah suami hanya mampu menatap anak kami 2 bulan".. huhu saddest part..

Saya agak ter'emosi sekejap bila sampai bab-bab mati ni, kenapa ka? Sejak akhir-akhir ni agak sensetif kalau dengar suami @ tunang meninggal dunia..

p/s: Program Kehamilan Biodex ini sangat la membuat saya teruja untuk cepat masuk ke "club isteri2"..

Wednesday, July 28, 2010

Perlu ka saya jadi cikgu?



Rasa stress pula bila bka FB smua member jadi cikgu, tu secara automatik buat saya terfikir kalau saya apply dah lama kerja tetap income tiap bulan masuk x payah fikir banyak..Tapi bila fikir minat langsung xda untuk mengajar saya tersenyum sendiri. Dalam hati fikir " buat apa saya mintak jadi cikgu kalau nanti mengajar terpaksa, kerja x ikhlas" ooo di situ saya boleh bayangkan keadaan diri bila kerjaya guru jadi pilihan. Memang x boleh imagine diri sendiri stress pas tu muka penuh jerawat, badan naik sebab asyik makan, pergi kerja macam pesalah hendak ke tali gantung, kaki terseret-seret sebab terpaksa. x mungkin!

Kalau kerjaya ini yang saya pilih, kenapa saya x teruskan kerja home teacher mengajar students saya dua orang yang comel loteh tu? Dengan gaji kira boleh tahan + makan minum + semua disediakan? Ajar pula Grade 8 dan Grade 5 silibus IGCSE xda la susah mana pun..

Tapi saya tamatkan kontrak dengan employer saya dengan alasan balik kampung, padahal duduk rumah menternak lemak (sila SPA panggil calon simpanan ni).. Perlu ka tunggu jawapan dari SPA sahaja? Atau dengar cakap family minta KPLI @DPLI macam abang saya? En. Kekasih Hati pun suruh susah-susah minta jadi cikgu habis cerita.. pastu terfikir lagi, askar x dengan cikgu, dengan nurse..so typical!

Apa-apa pun saya suka duduk rumah jadi datin, mungkin kerjaya terbaik untuk saya adalah seorang isteri & ibu yang 24/7 berkhidmat untuk family.. :)

Tuesday, July 27, 2010

Rasuah?


Mentang2 sekarang ni kan musim durian & rambutan, saya dirasuah untuk membuat "kerja rumah" En. Kekasih Hati.. x tahan siap ada boundary antara ruang saya dengan dapur di mana En. Kekasih Hati paksa rela (ok.. dia memang rajin bab-bab memasak + sedap ok!) tengah memasak..


Tapi it's ok sebab saya berpeluang untuk me'refresh pasal "kerja rumah" ni, yang telah hampir 4 tahun saya tinggalkan.. btw, pandan hanya sebagai presentation, 2 saya ambik dari rumah sewa di Sg. Udang (dibantu oleh jiran yang kaki mengumpat) untuk tanam di Sendayan tu..

p/s: Bat C 20 saya akan expired 27 Jun 2011 & saya tidak pernah melapor mana-mana unit!

Sunday, July 25, 2010

Bank In $$$

SMS antara kami..

Papa: papa da bankin duit blanja mama 2, tp rm50 ja..

Mama: ba tq.. jgn lupa bankin duit boni, dia mo byar duit keta 2..

Papa: tggu papa dpt kuar nnti, jl yg bankin td 2, papa nda hrap mo bg dia duit bnyk @ mo sruh dia ambi duit..skg bt keja d mess sjn ni..

See? I'd told U kan?
sunday pun keja jugak, dah la sepanjang masa kna kuarantin sampai keluar pun x dan sekarang.. kalau yang dah kahwin anak bini x tau la makan apa..

p/s: Sila abaikan part JL, n3 sekadar ingin nyatakan betapa busy hidup En. Kekasih Hati.

Mode: Teringin pula ke 7E tapi takut bawa "kuda merah" area ni, coconut shake ada depan simpang, atau boleh jugak ke kedai pasar malam selasa beli kacang..

Ini semua salah En. Kekasih Hati!

Sebab dah biasa bergayut x kira masa & tempat (line free ok), merempit x kira siang malm kat PLUS, makan x kira waktu, tanam bijik durian & mangga pukul 2 pagi, mencuci rumah pukul 12 tengah malam, memancing sampai ke subuh, panggang siakap malam-malam buta & bla..bla..bla..

Saya kini adalah penghidap tegar insomnia..

En. Kekasih Hati kerja x tetap, 24/7 adalah pasti & x tidur 2-3 hari (tidur paling masyuk pun 45min waktu kursus) adalah normal..

Tapi..kenapa saya pun boleh direkrut seperti En. Kekasih Hati?

Apa ini yang dikatakan sehati sejiwa?

Yang Benar

1. Suka beli donut 3 bijik RM 1.20 di pasar malam Sg. Udang setiap hari Rabu & Sabtu.

2. Sayang sangat dengan hamster saya yang gemuk -Wang2 & Ming2-

3. Suka makan segala jenis mee dengan sumpit (chopsticks).

4. Suka menyimpan syiling 50ct yang bulat dalam tabung plastik Pokemon Psyduck (ni saja yang ada sebab saya suka tabung plastik senang korek).

5. Allergic dengan color biru.

6. Suka membaca buku Chicken Soup for the Soul.

7. Ada banyak koleksi aksesori rambut, beratus-ratus.

8. Suka beli junk food sebagai perhiasan di dapur & memuaskan nafsu membeli.

9. Hanya tahu bermain sukan yang menggunakan bola kecik..(ehhhh?)

10. Belajar motor sendiri, dalam masa sehari dah pandai (motor yang menjadi mangsa adalah motor LC 135 En. Kekasih Hati).

11. Mempunyai banyak taik lalat di sebelah kanan badan.

12. Juga mempunyai koleksi stickers yang kawaii..