Thursday, August 5, 2010

Demam tokek

Tidak pasti gecko spesies apa
Gecko yang dikatakan spesies baru
Sekarang tengah hotttt.. Semua orang tengah cari gecko (tidak pasti spesies apa tapi di Sabah spesies yang ada tompak di badan) yang kononnya boleh menjadi penawar HIV, ada juga yang kata ubat HINI. Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti, tapi saya terkilan dan geram bila dengar cerita member-member yang mencari dan memelihara tokek kedai cina ini supaya mempunyai berat sekurang-kurangnya 300g. Dengar-dengar hasil jualan boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Ada member Kelate tapi bekerja di Sabah, dia pun terikut-ikut buat kerja ini sebab katanya dia nampak dengan mata dia sendiri kawan jual gecko ini dapt 20K. Siapa yang tidak mahu duit kan kalau kerja mudah?

Tapi saya sangat tidak bersetuju dengan hal macam ini, hari ini Harian Metro ada keluar berita pasal gecko ini tapi di semenanjung. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya. O geramnya!! Nanti bila dah jadi kes bunuh rakan sebab tokek macam di Sabah, atau gecko-gecko dah diancam kepupusan baru keluarkan arahan rasanya sudah terlambat!

Harap sangat ada kajian dilakukan untuk membuktikan kebenaran khasiat dan kegunaan tokek ini. Kalau betul ada khasiat, syukur sebab ada penawar penyakit tertentu. Tapi kalau tidak, sila la berhenti memburu dan mengkhianati binatang ini.

Noktah: Pertama kali melihat tokek sewaktu berumur lingkungan 6 tahun di Kota Marudu, rasa sangat kagum dan sentap sebab cicak ini besar dan colorful. Paling best bila dengar bunyi yang dikeluarkan, sangat comel! :)

















15 comments:

  1. Ya tidak salah selagi apa yang dibuat itu halal..

    ReplyDelete
  2. Tokek...... biarlah diorang cari duit raya.. kat Kota Marudu x ade Tokek k??

    ReplyDelete
  3. Hi inilahidupaswad,

    Ada sana 1st time saya tengok tokek yang besar punya!! Tapi sekarang x tau la masih banyak atau sudah pupus..

    ReplyDelete
  4. biar nyo cari la....

    ReplyDelete
  5. jom la kte cari guturina....hahahha

    ReplyDelete
  6. kalaw tgk price tokek skang mmg insane!!!!!
    better make it underground

    ReplyDelete
  7. tengok tokek ni alike dinausour lah..

    ReplyDelete
  8. kalu ikut hukum, bintang yg tak halal dimakan tak boleh dijual oleh orang Islam

    ReplyDelete
  9. kalau berminat nak beli tokek ni boleh hubungi saya 0142202366 fairuz

    ReplyDelete
  10. boleh percaya ke?
    dah ada ke orang malaysia jadi jutawan jual tokek tapi kalau kat indonesia jual bakso pun dah jadi jutawan@rupiah......

    ReplyDelete
  11. kami mencari tokek 500g keatas... ada sila hubungi kami aladdin_amazingdiamond@yahoo.com.my (saifoo)
    harge ikut pasaran atau brape yang anda mau...(tertakluk pada syarat2)

    ReplyDelete
  12. cantik la cicak ni !!

    ReplyDelete
  13. saya ade tujuh ekor tokek..
    200-300g 5 ekor
    300g+ 2 ekor
    450g 2 ekor
    datang, tengok, timbang baru offer harga...
    012 3416391
    edy

    ReplyDelete