Wednesday, July 28, 2010

‘Mama jaga diri baik-baik, papa dah nak terjun’

*Jumpsuit En. Kekasih Hati yang gedabak, saya pula amat la katik*


Tersentap sekejap bila terbaca artikel Mahu raya sedondon dalam mymetro tadi, pesanan ringkas yang diterima balu kepada anggota Paskau TUDM Bukit Jugra, Banting, Selangor yang meninggal dunia semasa latihan sebijik macam sms yang En. Kekasih Hati hantar setiap kali hendak buat latihan terjunan (take note En. Kekasih Hati bukan la anggota Paskau). Cuma sms tu berbeza sedikit, saya xda la risau sangat pasal terjunan tu mungkin sebab dah biasa. Cuma pernah sekali si mangkuk ayun (rakan En. Kekasih Hati) ni buat lawak gampang. Boleh time saya call berkali-kali xda orang angkat, alih-alih mangkuk ayun ni call saya balik dengan no. En. Kekasih Hati.

Mangkuk: Hello.. ermmm.. _____ xda, dia ada kat Hospital Melaka sekarang, tadi time terjun payung dia x kembang. Dia jatuh & cedera, sekarang ada dalam ICU..

Gunturina: Hah? kau biar betul? wei kau jangan buat lawak gila?

Mangkuk: Betul.. tadi petang dia masuk hospital..

Gunturina: Eh kau biar betul, jangan main-main..sumpah kalo betul!

-mangkuk ayun ni diam, x berani bersumpah tapi berulang kali kata memang betul En. Kekasih Hati masuk ICU.. bergegar kepala lutut saya ok! Jantung dup dap dup dap ni.. Pas tu call balik 5-6 kali untuk pastikan balik tapi xda orang angkat dah..Tambah risau..-

Last-last En. Kekasih Hati angkat, Tuhan saja tahu camana lega hati ni sebab dia jawab dengan nada yang seakan-akan kanak-kanak baru dapat sebuah kereta.. Rupanya mangkuk ayun tu buat lawak, En. Kekasih Hati gi bilik termenung pesan dengan si mangkuk kalau saya call kata dia kuar dating dengan makwe lain, rasa macam nak bagi pelempang laju-laju dengan mangkuk ayun tu!

Apa pun artikel tadi buat saya fikir camana la kalau benda ni jadi atas saya, adakah saya cukup tabah & redha untuk terima..fuhhh.. ajal maut di tangan Tuhan (walaupun semasa entry ini ditulis saya & En. Kekasih Hati masih lagi berlainan agama)..

"mama jga dri baik2 k, papa mau terjun dh ni..apa2 pun papa tetap syg mama..muahhx7.."

sms ni la yang selalu saya dapat dari En. Kekasih Hati, semoga dia dilindungi walau dalam apa pun keadaan sebab saya tahu kerja dia sangat la x boleh dijangka & berisiko..

No comments:

Post a Comment